16 October, 2010

Lara Rindu By Amanda Aniqah ~ Review


Finally berjaya jugak aku khatam novel ni ptg tadi..Aku beli novel nih hari khamis..since aku dapat buku nih,aku susah gile nak letak tepi..Siap dinner kat luar lagi malam tuh. hari ni pon bca buku ni on and off sebab baby aku meragam plak seharian tadi...

Cerita ni mengisahkan tentang Kastia yang berkahwin dengan Najwan, abg kepada kawan baik nya Chinta tanpa rela.. Perkahwinan mereka berlaku disebabkan satu kejadian di rumah Chinta, dimana Kastia ni tersalah masuk bilik tidur time die bermalam di rumah Chinta.,.Dia pi masuk bilik si Najwan.. esk pagi bangun, terkejut laa die sebab tgk Najwan kat sebelah.. Kastia ni mmg la budak baik, dia ingat die dah terlanjur ngn si Najwan..So time si Najwan ni ckp nk bertanggungjawab Kastia ni sedey sangat..Dia mmg x ingin pon si Najwan ni bertanggungjawab, tp sebab Najwan ugut nk bg tau tentang kejadian tu pada Chinta.. dia reda jer.. So mereka pon berkahwin sama hari dengan perkahwinan Chinta & Ammar..Selingan skit.. kebetulan ek dalam novel ni husband si Chinta ni Ammar.. OMG..Amar ~ Adi Putra ku.. aku kan skg tgh gile layan drama Chinta.. Chinta & Amar.. 

Mula-mula bace novel ni rase mcm slow.. tapi aku still keep on reading sebab aku dapat rase novel ni sesuatu la..Aku tertarik dgn bahasa yg disampaikan, so sweet..Selepas mereka berkahwin Najwan x layan Kastia selayaknya seperti seorang isteri.Kastia pon x leh nak layan Najwan mcm suami sebab mamat nih awal-awal dah sound Kastia x leh usik harta benda die.Walaupun mereka duduk dgn parents Najwan tapi mcm biasa la berlakon je la dpn org tua. 

Disebabkan satu kejadian ni di mana Kastia terasa dianiaya oleh kawan baik nya sendiri Chinta, dia telah pergi membawa diri ke Switzerland dan sambung Masters kat sane selama 2 thn..tanpa sebarang pesan kepada mertua, ibu bapa, Najwan dan Chinta..So xde sape tau kenapa Kastia lari..Kastia dgn Chinta ni memamg best friend forever(BFF) laa dlm novel nih. That's y die frust sgt bila dapat tau Chinta berkonspirasi dgn abgnya hingga menyebabkan die berkahwin dgn Najwan..tu pasal die lari..

2 thn kemudian Kastia balik Malaysia dan bekerja dekat Cameron Highlands..Tapi dpt jugak dikesan oleh Chinta&Najwan.Selepas didesak Chinta,Kastia pon explain la kenapa dia lari..rupanya perkara tu adalah salah paham..Kastia ni yg buat keputusan terburu-buru..bagi aku la, betul jgk tindakan Kastia tu sebab sah-sah la masa mule kawin dlu Najwan hanya memandang sepi je perasaan Kastia.So for what reason si Kastia ni perlukan penjelasan kan..
Selepas Chinta bg tau Kastia perkara tu adalah salah faham, Najwan plak datang jumpe Kastia dan explain semua tentang salah faham tu dan semua tentang sejarah perkahwinan mereka..

Rupa-rupanya Najwan ini daa lama cintakan Kastia, tapi cara die nak mengikat tali perkahwinan tu je yg salah..So sekarang dia nak tebus balik semua tu dan dapatkan semula cinta Kastia..Berjayakan Najwan??? Sila beli novel, aku gerenti tidak akan mengecewakan..Aku sangat suka madah-madah yg dituturkan Najwan, x berbunga sangat tapi memberi kesan.. mesti laa aku menangis part last-last..gile touching laa..
Abang bukannya macam Shah Jehan yang sanggup bina Taj Mahal untuk Mumtaznya. Abang pun bukan Majnun yang setia kepada Lailanya walau jasad dipisahkan dengan nyawa. Abang mungkin tidak mampu lakukan seperti Rose lakukan. Tetap menantikan Jack walau tahu kekasihnya sudah meninggal dan bersemadi sama seperti hancurnya kapal Titanic.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...