Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts
Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts

04 January, 2011

Dedalu Dihati | Anita Aruszi ~ review

 Ini baby pertama Kak Nita, keluar thn 2007 dlu.. tapi dlu-dlu time study xde laa aku mampu nak beli novel kan... So bile dpt tau Kak Nita announce kat blog amik order tuk DDH yg dah x dikeluarkan ni, terus laju je aku tempah kan.. biasa laa aku x mau laa ter'miss' setiap karya AA nih..

Dalam cerita ni Aliya Murni ni anak yatim piatu sejak berusia 8 thn.. Dia membesar di rumah anak yatim lepas tu berjaya masuk universiti.. Sejak die jadi anak yatim piatu, Aliya ni dibela oleh seseorang yg di panggil daddy.. Lelaki yg langsung dia x pernah jumpa, mereka berhubung melalui alam maya jer.. Daddy ni byk tolong Aliya dari dulu sampai laa die besar..

Adam Hazril ni pulak, lecturer ganti kat universiti Aliya.. Adam ni pon dah kehilangan ibu bapa die, sama macam Aliya.. Aliya ni rapat dgn Adam ni coz die yg jadi supervisor tuk tesis Aliya..Time praktikal Aliya di tempatkan di syarikat Adam nih.. So hubungan mereka makin baik laa..

Hikmah disebalik die praktikal kat company Adam ni, byk laa rahsia yg selama ni dia x tau terbongkar.. Dia semakin dapat menjejak siapa Daddy yg selalu menghulurkan bantuan pada dia..Disangkanya Dr Badrul ayah kepada Haikal iaitu lelaki yg meminatinyadi kolej adalah daddy yg dicarinya selama tetapi rupanya tidak.. Siapa kah daddy Aliya nih??? Ok x mo citer sampai abis coz korang leh bce e-novel nih dalam web kat nita kat sini... Lagi pon citer dah lama..klo aku review mcm dah basi lak..ok daa...

06 December, 2010

Sakti Cinta| Anita Aruszi ~ Review

Hanya ada satu cinta didalam jiwa setiap insan
dan cinta akan hadir jika kau melihatnya!
Dina Azura dan Diazey Hafiz, mereka adik beradik tapi Diazey sering bersikap dingin dgn Dina..Sikap Diazey sering membuat Dina tertanya² kenapa die dilayan sebgitu sekali sehinggakan Diazey sanggup lari ke luar negara.. Bagi Dina, sekirnya peristiwa Diazey ingin memperkosanya membuatkan lelaki tu jauh, Dina dah lama memaafkan abgnya..

Alma Katherine ~ kehadirannya dalam hidup Dina dan Diazey telah membongkar byk rahsia tentang keluarga mereka.. Alma merupakan kenalan rapat mamanya yg telah lama terpisah dtg menjejak papa Dina untuk menuntut bela keatas kematian suaminya..

Tanpa diduga Dina dikejutkan dgn kenyataan yg begitu pahit untuknya..Ini bermula dgn penemuaan batu nesan bertulis nama Dina Azura..dia semakin keliru dgn status dirinya..Kenyataan yg dia bukan anak kepada mama dan papanye betul² menghempas jiwanye..siapakah dia sebenarnya?? 

Rupanya kedinginan Diazey selama ini bersebab..dia terlalu menyayangi Dina Azura.. Sayangnya pada gadis itu lebih dr segala-galanya..tetapi kerana hidup dgn pembohongan die terpaksa belajar melupakan Dina..

Dina pula selama ini menyangka yg die gile kerana jatuh cinta pandang pertama dgn abg sendiri .. dan ini lah sebabnya kenape Dina menolak cinta Johan anak kenalan papanya yg berusaha untuk memikatnya...

Alma yg selama ini kehilangan anaknya, dikejutkan dgn berita tentang Alyssa Helda yg masih hidup.. Dia juga x pernah menduga lelaki yg ingin diheret ke muka pengadilan itu bapa kepada Dina dan Diazey.. Akhirnya rahsia besar papa mereka terbongkar dan rahsia kehilangan anak Alma terungkai..Alyssa Helda adalah Dina Azura…

Jika Dina sayangkan abang, Dina harus pergi dengan mama.Selepas segalanya selesai disini, abang akan jemput Dina dan mama balik.Dan abang janji, kita takkan berpisah lagi selama-lamanya.. dan begini laa akhirnya sakti cinta mereka!!!

Cerita ni best...Klo nak bce cerita ni bley laa singgah blog kak nita... Sakti Cinta ni aku beli direct dari Anita Aruszi kat blog dia GedungNovella masa aku berpantangkan Anas last year.. Time tu aku bosan melampau laa berpantang 60 hari nasib baik bley beli novel  ni trus dari Kak nita time tu..Aku pon cepat je laa nak wat koleksi novel ke 2 nih..dan aku berasa bangga dengan diri sendiri kerana daa ada semua karya kak nita!!!zass

20 November, 2010

Kasihku Arina| Anita Aruszi ~ Review


Sebenarnya susah nak review nih cerita nih sebab genre nye kot..Cube bygkan mcm korang tgk Transformers yg nak menyelamatkan dunia..Lebih kurang laa kot mcm tuh..Arina ni sebenarnya salah seorang dari Pahlawan Orkid dari sebuah tempat yg bernama Dratusia..tetapi dia telah diculik oleh Kruek masa dia kecik dlu..Kruek ni adalah Pemerintah Lembah Hitam, sebuah tempat berhampiran Dratusia..Arina telah dibesarkan untuk menjadi hamba kepada Kruek..dia dididik oleh Kruek untuk membunuh atau dibunuh??..disebabkan satu insiden ni dia nyaris mati apabila ditembak oleh org Kruek..

Masa ni laa ibu Arina menyelamatkan dia dr mati dan mengunci memori nya agar dia hilang ingatan tentang masa lampau..Kemudian Arina dicampakkan ke bumi dan diletakkan di bawah jagaan En Fahrin..Fahrin ni juga diamanahkan oleh ibu Arina untuk menyimpan salah satu Kunci Orkid, iaitu kunci yg perlu digunakan untuk menghentikan peperangan antara Dratusia dan Lembah Hitam..Berpunca dari pencarian kunci orkid dibwh simpanan Fahrin ni laa, menyebabkan si Kruek yg pada asalnya ingat Arina dah mati tau yg Arina masih hidup, nyawanya terancam kembali..

Selepas 5 thn..Ingatan Arina tentang masa lampau pulih kembali..dan dia kembali ke dunia asalnya..Arina kembali untuk menjadi salah seorang Pahlawan Orkid..kali ni dia jadi org baik laa..bukan pembunuh lagi..misi dia hanya ingin membunuh Kruek yg zalim tu jer..Akhirnya Kruek mati tapi bukan ditangan nya..

Novel ni dah keluar di pasaran May lalu tapi aku baru jer beli sekali ngn novel Aisya Sofea kat ofis Alaf..sure heran napa aku x beli dari dlu lagi..sedangkan Anita Aruszi ni favorite novelis aku...Har har har..At first bila aku tau genre novel ni thriller aku ketepikan hasrat nak beli..walhal kat forum Cari sume org kate best!! Aku bukan x suke genre thriller tp kalo dalam bentuk bacaan nih..adoyai kna ada daya imaginasi yg tinggi dimana otakku kini malas tuk berimaginasi...heheh ye laa contohnye kalo pisau x kan laa kta nak bygkan mcm  pisau sembelih lembu korban kot..x thrill laa kan.

Pendekkan citer..Lepas je abis bce novel Masih Setia..Aku pon ape lagi bukak laa pembalut plastik buku nih..Time tu aku kat kampung tgh bercuti nak raya haji ok..So bile x de mendaa nak buat aku bce novel laa..Start bce prolog..than move to 1st bab..dah abis go to 2nd bab..than go to next .. next.. next..huh!! korang tau x, aku x leh stop bce..My first judgment is wrong!! Sape kate novel thriller x best!! kalo dengan penyampaian yg berkesan sure meletop laa...tu yg aku suke ngn Anita Aruszi nih.. dia x penah gagal menyampaikan ceritanya dgn baik..walhal cerita ni agak berat.. sampai aku dok terpikir sejenak..mcm ne laa penulis leh imagine begitu bagai..tapi itu tugas seorang penulis..kalo x byk wat research n study nanti jadi laa mcm novel-novel yg ada kat pasaran skg ne..x semua penulis baru mempunyai kualiti penyampaian yg baik!

Sehingga kini otakku ligat memikirkan ape akan jadi pada Arina & Alwiz..Adakah Ketsu memang nak bunuh Arina??. Apakah Keiga & Emma akan balas dendam..ish!!Aku terpakse tunggu Kasihku Arina 2..Oh kak nita..x sangke penangan Kasihku Arina ni otak aku semakin aktif dan tidak malas lagi...wakkakakaka! Novel ni memang terbaik!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...