06 October, 2014

Novel Untuk Dijual

Assalamualaikum semua..

First of all, saya nak mintak maaf sangat2 sebab ade email yg org tanya pasal novel saya x sempat reply.. so sorry sebabnya sy pon x sempat nak update.. novel-novel saya sebahagian ade kat rumah mak..tu yg x bley nk confirm ade ke tak..stok novel yg ade di rumah saya semuanya yg latest laa kiranya 2010 ke atas..

kebanyakan email yg saya dapat ramai bertanya novel NORA ISMAIL - SERASI DI HATI dengan HANI FAZUHA - BEBUNGA KASIH.. dua-dua ni novel lama tapi sy x pasti kenapa ramai yg mencari. saya pon dengan gigihnya mencari juga laa kat rumah mak.. dan apa yg pasti kedua-duanya saya dah jual.. maaf yer..

Jadi hari ini saya delete entry lama novel terpakai dan ganti dengan entry yg ini.. gambar2 kat bawah ni semua novel sy untuk dijual.. boleh email di widuri_2414@yahoo.com or pm sy di Fb - Nurul Alia jika berminat.
Insha Allah kalau ade rezeki novel-novel ni boleh jadi hak milik kalian..

harga adalah sgt berpatutan.. of course la harga runtuh. nama pon novel terpakai..😀😀

kalau nak tahu novel-novel terkini yang saya bace bley visit goodreads mrs budu ok.. 

cukup la sampai sini dlu..
 xoxo 💋




18 May, 2013

Jodoh Itu Milik Kita | Sara Aisha

salam semua...
hari ni mood sy nak post new entry membuak-buak..
saya nak review pasal novel ni..


ni semua sebab semalam nampak gambar ni kat instagram Tiz Zaqyah..


so dah dapat hint x???
novel Jodoh Itu Milik Kita bakal didramakan... 
yay!! sila tepuk tangan... :)
Barisan pelakon drama yg bakal diterbitkan pon best best..
Dahlia- Tiz Zaqyah, Aariz Danial-Farid Kamil, Syafiq-Syazwan Juvana & Alya-Nabila Huda..
best kan??
so lepas ni boleh laa baca novel dan bayangkan orangnye.. hehehe

Jodoh Dahlia dan Aariz adalah berpunca daripada onar yg dibuat oleh Syafiq..
dia yg patut kahwin dgn Dahlia tapi dia boleh plak tiba-tiba hilang..
demi mahu menjaga maruah keluarga..
Aariz sanggup menggantikan tempat Syafig sebagai pengantin..

Cerita bab kahwin tanpa kerelaan ni memang agak cliche..
tapi watak Aariz dan Dahlia selepas kahwin agak berbeza..
walaupun kahwin tanpa rase cinta..
tapi hubungan Aariz dan Dahlia berjalan dgn baik.

Aariz seorang suami yg bertanggungjawab.. penyayang..tulus dan romantik..
Dahlia pula isteri yg baik. Melayani dan menghormati Aariz sebagai suaminya.
Hubungan yg terjalin tu lama kelamaan bertukar menjadi sayang..
mereka berdua mula menyayangi antara satu sama lain..

tapi keadaan berubah bila Syafiq ni balik semula ke Malaysia..
Klo nak tahu kenapa Syafiq tinggalkan Dahlia dlu
sebab die lari ke luar negara untuk meraih cinta Alya...
Lepas Alya tolak cinta dia, tu yg die balik..
dan cuba nak musnahkan perkahwinan Aariz..

Syafiq mula mengungkit status diri Aariz pada Dahlia..
Siapa Aariz sebenarnya??? Lelaki itu abang angkat dia.
yang telah lahir ke dunia ni atas kekejaman yg dibuat oleh manusia
terhadap ibunya...

Aariz yg sejak awal lagi merasakan diri dia tidak layak untuk Dahlia..
mula menjauhkan diri..
Dahlia yang x tahu apa-apa tentang Aariz, cuba lah korek daripada ibu Aariz..
dan bila Dahlia dah tau siapa sebenarnya Aariz..
sedekit pon dia x benci Aariz malah semakin sayang
tapi Aariz tetap jugak menjauh dan tegar untuk berpisah dengan Dahlia.

Jadi apa kesudahannya?? agak-agak dpt x Tiz pujuk FK??haha
Agaknya laa kan FK bwk watak Aariz ada mcm watak Kashah ker?? romantis baik setia... adakah sy sgt over dlm menjiwai watak Aariz??? ini gila namanya..

klo nak tau endingnya tunggu laa dlm drama nanti.
takpon beli je novel ni..
x rugi punya laa..
Happy ending love story.. mcm biasa laa 

ok semua.. sampai sini saja.. 
saya nak sambung bca Curi-curi Cinta...

bye

much love,
xoxo!!


17 May, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami | Acik Lana

salam jumaat readers semua..
dah lama yer saya x review novel-novel yang saya dah bace..
dah semakin malas.. 
walhal klo boleh nak jer share dgn semua apa novel terhangat dipasaran...
yg boleh dibuat koleksi.. 


hari ni sy nak review novel yg baru je saya abiskan pagi ni.. 
rseriously novel ni saya kategorikan sebagai ADDICTED...
every single page saya bace..
saya rasa karya Acik Lana yg ni memang lain ckit..
terbaik!!!

Kisah Imanina yg jatuh cinta dgn Tengku Qalif seorg duda kematian isteri.
Qalif ni kematian isteri lepas 6 bln berkahwin dan
dia x leh terima kenyataan tu sebab cinta dia utk arwah Liyana ni cinta mati laaa..
so die ni jadi lah org sasau.. kemurungan lepas perginya Liyana.

Imanina ni boleh terjatuh cinta dgn Qalif ni  die terbaca diari si Qalif..
dlm diari tu Qalif catatkan setiap momen-momen indah dia dan Liyana..
Peribadi Qalif yg dlm diari langsung x sama dgn Qalif yg Imanina kenal secara kebetulan..

Bila Puan Sri, ibu Qalif nak carikan calon isteri untuk anaknya..
terus je Nina tawarkan diri.. Mulanya Qalif x nak terima rancangan gile tu tapi sebab dicabar oleh Nina die akur dgn perkahwinan kedua itu sebab dia yakin dia x akan jatuh cinta dgn Nina..

Okay.. lepas die org kahwin, bermula episod baru dlm hidup Nina..Apa yang buat citer best sangat bila tang Nina yg begitu berusaha nak tackle Qalif..Nina yg selamba memujuk rayu Qalif terima cinta dia..Nina yg bersahaja jer melafazkan cinta..Nina yg bersahaja melafazkan rindu.. Walaupon Nina tahu Qalif teramat benci padanya, tapi die yakin satu hari nanti Qalif akan jatuh cinta pada dia..

Saya suka sgt watak Nina nie..
die wanita yg kuat walaupon die tahu Qalif x suka.. die x mudah putus asa..
Qalif yg pada mulanya memang benci sgt ngn Nina, akhirnya tewas jgk dgn keikhlasan dan rase cinta yg ditunjuk oleh Nina. 

Okay mereka dah berbaik, dan bermula laa momen-momen indah antara mereka..
Qalif ni sgt sweet dan romantis..
Penulis dah berjaya menghidupkan watak Qalif dan Nina dgn baik skali..
wahh giteww.. Saya dah terlebih feel plak ek.. hahaha

tapi setiap novel mestilah ada plot grafnya menurun kan..
dan bab sedih pon bermula bila Qalif hilang..seriously sy tak suka bab sedih ni..!!
lama plak tu Nina kene tinggal ngn Qalif.. 😭
Kat cni laa kelainan yg penulis buat..
dah bahagia.. kembali kepada penderitaan... So adakah Qalif akan kembali???

saya x nak citer kat cni, korang cari la jawapan dalam novel acik lana yg baru ni, okay!  cukup laa review sampai  cni jer.. Percayalah korang x akan menyesal..

bye 
much love

xoxo!


04 March, 2013

Combo novel review

Salama semua...

Kali nie saya nak bagi double review terus! Entry ni lama dah peram. Entry lain yg up dulu kan.. Hehe
Saya start dengan karya Aifa Batrisya.. MEH,sandar pada aku...

Jalan cerita novel ni menarik dan diolah dengan baik sekali. Kisah Afnan Tasneem pelajar semester akhir yg terpaksa menjalani latihan pratikal dibawah pemantau seorang Dr yg anti perempuan Syed Nadzhan...

Haaa.. Mesti korang dah dpt bayangkan jalan ceritnya kan... Hehe

Nadzhan yang perwatakan dingin beku pd perempuan ni layan Tasneem memanglah menyakitkan otak je..!
Semua benda x btol pd mata dia. Sampai berbakul-bakul sumpah serenah Tasneem lempar kat dia...
Oo lupa nak mention kenapa nadzhan jadi mcm tu..
semua sebab dendam kpd ibunya yg telah meninggalkan ayahnya semasa dia berusia setahun.

Pendekkan ceritanya..tak disangka nanti Nadzhan dan Tasneem terpaksa duduk sebumbung bila ibu Tasneem nanti jd ibu tiri Nadzhan.. Ding dong ding dong.. Nanti ayah Nadzhan nak jodohkan Tasnem dengan cousinnya. Tasneem pulak suka pd Adam.. Tapi akhirnya Tasneem kahwin dengan Nadzhan..
Aik pulak?!! Perkahwinan tu berlaku selepas ibu dan bapa mereka meninggal dunia. Tasneem tiada tempat bergantung lagi. Masa tu muncul laa Nadz jd hero yg sanggup menggalas tanggungjawab membeli nasib Tasneem... Tapi lepas kahwin pon ade byk dugaan yg die org kena hadapi..
So kalo nak tahu ape jadi pd Adam & sepupu Nadzhan. Sila laa dapatkan novel ni do pasaran!
Enjoy reading guys...

Second novel sy nak review..
Kurnia untukku karya Liz HAliza

Novel ni pon korang wajib beli dan bace. Jalan cerita yg x cliche..
Kenapa sy ckp bkn mcm cerita lain.. Meh baca skit review ni...

Kisah hidup Fina yg berkahwin degan lelaki yg dicintainya Zain.. Walaupun kahwin atas dasar cinta tapi Zain ni bersikap panas baran dan terlalu mengonkong..sehingga lah berlaku satu insiden dimana Zain yg terlalu mengikut rase cemburu telah menceraikan Fina dgn talak 3..

Lepas dah cerai baru sebok die nak menyesal.. Nak Fina kembali pada dia. Siap dia tlg carikan cina buta lagi.. Tapi Fina x nak ... Fina ckp meski pun dia nak kembali pd Zain, biar dia yg cari sendiri siapa yg nak jadi cina buta tu... So si Fina ni frust dia pon bwk laa diri ke Thailand utk cari ketenangan..

Kat sana dia berkenalan dgn qurnia.. Dia offer qurnia jd suami sementara dia.. Qurnia pulak setuju walaupun dia tahu Fina nak dia jadi cina buta jer.. Memang Fina kahwin dgn Qurnia tanpa cinta tapi Qurnia pulak sanggup terima Fina sebab dia jatuh cinta pandang pertama degan Fina.. Memula lepas kahwin Fina layan Qurnia mcm biasa jer.. Tapi lama kelamaan dia mula terpikat dengan keperihatinan, kejujuran dan kelembutan Qurnia.. Bila hati dah suka dia x jadi nak rujuk dengan Zain.. Tapi dugaan la plak bila Zain x boleh terima hakikat. Zain siap berpakat dengan cousin Qurnia iaitu Sofea utk menghancurkan rumahtangga Fina dan Qurnia.
Tapi mereka gagal.. Cukup laa kot....
Ending yg happy..So klo nak feel lebih ckit, boleh laa beli novel ni...
Kudos to writer..keep it up!

Rasenya cukup laa review saya untuk hari ini.. 😊

See u in next entry..
Much love from me...bye
Xoxo


Kisah Naz dan Khaalish | Hanina Abdullah

Salam readers...

Nak jugak citer kat korang..
Last week sy order 5 buah novel kat mphonline... skrg ni tgh gian membaca..
so sementara mood tgh ada ni baik buat stok bebanyak skit kan..

Ohh.. nak tau buku ape yg saya beli??? nah sila laa congak.. hehe

Ingatkan bile dah dpt parcel dr mph tu kira cukup laa utk sebulan.. tapi godaan nafsu punya pasal... Khamis tempoh hari lepas je melepak kat The Loaf Sogo singgah pulak ke Minerva.. 
Maka ter'BELI' laa sebuah lagi iaitu karya ke 2 Hanina Abdullah.

Saya dah pon selamat hadam buku ni.. woot woot
 Macam biasa laa saya suka je nak share dengan penggila novel kat luar sana.. 
kot kot laa tertanya best ke x citer ni kan..
sebab saya before beli novel sy memang akan 
selongkar google..forum..fb utk tahu feedback pembaca.
so ini feedback saya pulak...

Read and enjoy my review kay.

Seriously cerita ni best! Edisi susah letak.. 
edisi ADDICTED mcm dadah.. addicted huruf besar tau!! hehe

macam novel sebelum ni, penulis berjaya mengolah cerita dengan baik sekali..
saya suka laa setiap susunan ayat dia.. Mesti sy rase nak tersenyum jer..
KNDK cerita tentang Khaal yg dah  4 thn berlalu, 
baru nak tergila2-gila kan tunang teknikalnya Naz..

Naz ni pulak dah 4 tahun kot dia belajar lupakan Khaal.. 
Siap dah lari duduk kat luar negara.. byk modal tu dah abis.. 
so bila mamat tu datang balik dia pon mula laa jual mahal...
dalam citer ni Naz sama macam Husna si kaki travel.
dan seorang penulis novel cinta yg suke merantau tuk mencari pengalaman hidup..
Naz jumpa balik Khaal lepas 4 thn berlalu di Bali..
tapi masa tu Khaal tak tahu yg Naz tu adalah tunang teknikalnya.
Ohh kat Bali Khaal dah jatuh suka kat Naz...
Bile Naz balik Malaysia sekejap.. 
Khaal cepat2 je ckp kat parents Naz yg dia nak kawin dgn Naz..
Lepas je Khaal confess benda tu Naz lari lagi keluar negara...

Walau beribu batu Naz lari..
Khaal bersungguh-sungguh tak putus asa utk mendapatkan cinta Naz.
dia sanggup terbang ke Laos menjejak Naz ..
Hati  wanita mana yg x tersentuh kan 
bila ada lelaki yg sanggup berkorban demi secebis cinta..
Naz sedar perasaan tu ada pd Khaal tapi dia cuba mengelak utk suka pd Khaal.
tapi dia gagal sebab dia memang suka Khaal juga...

Bila perasaan suka tu dah mula dipupuk.. ada laa konflik skit..
klo x de konflik boring laa plak kan.
Mummy si Khaal x berkenan plak kat si Naz.
Bila mummy Khaal dah bg green light Naz pulak rase die x sesuai dgn Khaal..

Ding dong ding dong..
Khaal bg Naz tempoh bertenang utk dia buat keputusan..
tapi disebabkan satu insiden ni Khaal nekad dia nak juga Naz jadi isteri dia..
 Kahwin laa mereka sebab masing2 pon memang dah suka.
lepas kahwin pon ade juga dugaan utk mereka..
ding dong ding dong... at last bahagia.. :)

Saje saya tak nak review dengan terperinci.
bagi skit-skit sudah laa.. korang WAJIB beli dan bca..

To writer Hanina Abdullah congrats utk karya kedua.. 
Tolonglaa hasilkan lagi karya yg menghiburkan...
tak sabar nak tunggu yg seterusnya...

ok semua time to sleep...

much love..
xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...