18 May, 2013

Jodoh Itu Milik Kita | Sara Aisha

salam semua...
hari ni mood sy nak post new entry membuak-buak..
saya nak review pasal novel ni..


ni semua sebab semalam nampak gambar ni kat instagram Tiz Zaqyah..


so dah dapat hint x???
novel Jodoh Itu Milik Kita bakal didramakan... 
yay!! sila tepuk tangan... :)
Barisan pelakon drama yg bakal diterbitkan pon best best..
Dahlia- Tiz Zaqyah, Aariz Danial-Farid Kamil, Syafiq-Syazwan Juvana & Alya-Nabila Huda..
best kan??
so lepas ni boleh laa baca novel dan bayangkan orangnye.. hehehe

Jodoh Dahlia dan Aariz adalah berpunca daripada onar yg dibuat oleh Syafiq..
dia yg patut kahwin dgn Dahlia tapi dia boleh plak tiba-tiba hilang..
demi mahu menjaga maruah keluarga..
Aariz sanggup menggantikan tempat Syafig sebagai pengantin..

Cerita bab kahwin tanpa kerelaan ni memang agak cliche..
tapi watak Aariz dan Dahlia selepas kahwin agak berbeza..
walaupun kahwin tanpa rase cinta..
tapi hubungan Aariz dan Dahlia berjalan dgn baik.

Aariz seorang suami yg bertanggungjawab.. penyayang..tulus dan romantik..
Dahlia pula isteri yg baik. Melayani dan menghormati Aariz sebagai suaminya.
Hubungan yg terjalin tu lama kelamaan bertukar menjadi sayang..
mereka berdua mula menyayangi antara satu sama lain..

tapi keadaan berubah bila Syafiq ni balik semula ke Malaysia..
Klo nak tahu kenapa Syafiq tinggalkan Dahlia dlu
sebab die lari ke luar negara untuk meraih cinta Alya...
Lepas Alya tolak cinta dia, tu yg die balik..
dan cuba nak musnahkan perkahwinan Aariz..

Syafiq mula mengungkit status diri Aariz pada Dahlia..
Siapa Aariz sebenarnya??? Lelaki itu abang angkat dia.
yang telah lahir ke dunia ni atas kekejaman yg dibuat oleh manusia
terhadap ibunya...

Aariz yg sejak awal lagi merasakan diri dia tidak layak untuk Dahlia..
mula menjauhkan diri..
Dahlia yang x tahu apa-apa tentang Aariz, cuba lah korek daripada ibu Aariz..
dan bila Dahlia dah tau siapa sebenarnya Aariz..
sedekit pon dia x benci Aariz malah semakin sayang
tapi Aariz tetap jugak menjauh dan tegar untuk berpisah dengan Dahlia.

Jadi apa kesudahannya?? agak-agak dpt x Tiz pujuk FK??haha
Agaknya laa kan FK bwk watak Aariz ada mcm watak Kashah ker?? romantis baik setia... adakah sy sgt over dlm menjiwai watak Aariz??? ini gila namanya..

klo nak tau endingnya tunggu laa dlm drama nanti.
takpon beli je novel ni..
x rugi punya laa..
Happy ending love story.. mcm biasa laa 

ok semua.. sampai sini saja.. 
saya nak sambung bca Curi-curi Cinta...

bye

much love,
xoxo!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...