11 October, 2010

Makanan yg perlu dielakkan utk baby...

Aku nak share skit laa pasal perkembangan baby nih.. Anak aku genap 1 thn.. Sekejapan je masa berlalu ye Anas.. Tapi sian Anas, sebab mamanya sangat strict tentang penjagaan pemakanannya.. hahah Strict laa sangat, tapi masak x jugak rajin.. So sini ada some tips laa tuk baby di bawah 12 bulan..

Usia 0 hingga 6 bulan
Tak perlu bagi makan apa-apa.. hanya susu.. lebey baik susu badan..
Dalam usia nih sistem penghadaman anak kita masih belum menghadam makanan dengan baik ye..

Usia 6 hingga 12 bulan
Peringkat ni baru laa boleh memperkenalkan makanan pepejal pada baby kite.
tetapi bukan laa semua jenis leh nak sumbat...ade jugak yg x boleh kta bagi lagi.. di antaranya..
  1. Garam, gula, rempah  yg byk ~ logik nye kenapa x leh campur garam, gula & rempah ni nak elakkan baby kita dr makan makanan yg tidak berkhasiat... Biar laa makanan tu xde rase tapi berkhasiat tanpe bahan perasa
  2. Makanan yg telah diproses seperti sup, sayur, buah-buahan dalam tin kerana makanan dalam tin tinggi kandungan gula & garam.
  3. Putih telur ~ Risiko untuk baby kena allergic sangat tinggi. tapi aku ade terbace, kuning telur sangat baik utk perkembangan otak baby..Menguatkan daya  ingatan & anak kita cerdik nanti..Wallahualam..
  4. Madu ~ Memang madu ni penawar tetapi x sesuai untuk baby bwh setahun
  5. Kacang, mentega kacang ~ nak elakkan dari kena allergic dan elakkan dari baby tercekik
  6. susu lembu, susu kambing & susu soya ~ yang tidak dipasteur. Bagi je susu ibu atau susu formula sehingga baby setahun..Peringkat ni baby x leh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh rosakkan buah pinggang baby
  7. Makanan Laut ~risiko alahan yang tinggi.
  8. Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
  9. Jus Buah Pekat ~ Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
  10. Gandum dan Produk Gandum ~ Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin,roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
  11. Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah ~ Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
Ok saje je nak share ngan ibu or bakal² ibu.. aku pon byk membace tuk info ni semua.. Tapi untuk ibu yg bekerja ni adalah mustahil kalo kita boleh ikut semua nih secara total kerana anda bakal menghadapi byk halangan .. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...