03 November, 2010

Biarkan Aku Merindu ~ Review



Novel ni antara edisi susah nak letak.. lepas selak nak selak lagi.. Kategori best sebab jalan ceritanya diolah dgn kisah kekeluargaan & cinta...

Mengisahkan Anne seorang anak yg telah ditinggalkan oleh ayahnya sejak berusia 7 thn.. Sejak itu, Anne memang mempunyai perasaan yg dingin terhadap lelaki. Nak pulak die bekerja sebagai setiausaha kepada Rafiq.. iaitu seorang lelaki yg sering bertukar-tukar pasangan..dan Rafiq selalu menjadikan Anne 'bakal isteri'nya, kalau nak melepaskan diri  dr teman wanitanya yg ramai..Ini menambah lagi kedinginan Anne pd lelaki yg dianggap tidak setia.

Satu hari Anne dpt tawaran sambung belajar dan dia nak berhenti kerja..Tanpa diduga ketiadaan Anne telah membuat Rafiq berasa kehilangan..Rafiq baru tersedar yg dia mempunyai perasaan kat Anne..So Anne dipanggil semula kerja part time agar dia x berjauhan dr Anne..Memang Anne sangat akrab dengan bos dia tapi keakaraban Anne dan Rafiq telah menerbitkan rasa cemburu dihati Qistina..Qistina ni ex-gf Rafiq tapi dia perasan masih lagi teman wanita Rafiq..Macam-macam dia buat untuk merenggangkan Anne & Rafiq..

Rafiq lak makin lama makin obvious laa die menunjukkan rase syg die kat Anne..Dia dah x bertukar pasangan.. Sebab kali ni dia da jumpe yg serasi dihati..Lama kelamaan hati dingin Anne tu semakin cair..Dia dapat menerima Rafiq lebih drpd seorang bos.. tapi perasaan die tetap diduga dengan mcm-mcm hal yg Qistina rancangkan...Bisakah Anne menahan segala agenda yg dirancang oleh Qistina atau itu berjaya menguatkan lagi kebencian Anne pada lelaki?

Di samping itu ayah Anne juga muncul secara tiba-tiba setelah sekian lama menghilang..Apabila lelaki itu muncul kembali hati Anne semakin jauh..Dia tak dapat maafkan ayahnya diatas penderitaanya selama ini..  Adakah Rafiq berjaya menakluki hati Anne secara total...?? Jawapan nya ada dalam novel... Happy ending story.. :-) Sure x rugi punya korang beli...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...