19 January, 2011

Doakanlah ibu bapa kita jika ingin murah rezeki...

Aku nak share ngn korang tentang email yg byk masuk inbox hari ni…x salah aku share kat cni coz benda baik yg harus kite amalkan..pd yg x tau mari laa mulakan amalan ini..pd yg dah lama mengamalkannya..teruskan..Doakan ibu bapa kita setiap hari InsyaAllah dimurahkan rezeki..

Rasulullah SAW pernah bersabda :
“setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

myb ade antara kita culas nak buat benda ni kan..so tuk aku ingatkan diri aku dan kawan-kawan yg ku kasihi..Mulai hari ini sentiasalah kta ingat nak buat benda nih...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Ya Allah mujarab nye doa kita untuk ibu bapa kan.. Alhamdullillah sehingga hari ini rezeki aku sentiasa ada..Ya Allah aku bermohon padaMu agar ko berkati laa rezeki yg aku perolehi ini..

Ingatlah kita juga bakal menjadi seorang ibu atau ayah kelak.. InsyaAllah satu hari nanti anak kita juge akn melakukan perkara yg sama..Sesungguhnye kta mesti nak hidup anak kite diberkati..dan ingatlah hanye 3 je perkara je yg akan kita bawa bersama andai sampai tibe masanye nanti..dan salah satunye adalah doa anak yg soleh&Solehah..

Huraian hadith:
1-       jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)..
2-       Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
3-      Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
4-      Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
Jangan culas mendoakan ibu bapa kita...
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita

Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup :
YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin…
Doa Untuk yang sudah meninggal : 
YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku,tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...