22 February, 2011

Aku Yang Kau Tinggalkan|Alina Haizar - Review


**Novel ini bley dikategorikan sebagai edisi susah letak.
** aku rate 4/5

Aku terpakse bce ngn kelajuan 120kmj coz nak tau ending nye..wpon keadaan cuaca sgt sejuk di Kundasang, dan jam dah menunjukkan 2am..tp nafsu untuk tuk trus membce membuak2 utk tau endingnye..:) tapi aku janji akan repeat balik novel ni coz ade gak part yg aku skip...

Novel ni mengisahkan pengorbanan dan cinta Nia terhadap lelaki bernama Zaril Ikhwan..Nia terpakse berkahwin dgn Zaril, sebabnya satu adalah untuk menutup malu keluarga kerana adiknya yg sepatutnya dikahwinkan dgn Zaril telah melarikan diri.. kedua kerana die memerlukan wang untuk membantu keluarganya..tetapi knp perlu kahwin ngn Zaril Ikhwan??kerana Zaril memerlukan seorg isteri untuk menjaga dirinya yg sakit..nenek Zaril jugak telah mewasiatkan segala hartanya kpd Zaril & Nia melalui satu perjanjian..Nia menerima Zaril bukan kerana harta yg disogokkan tapi die terpakse demi membantu keluarga dikampung...

Pada awalnya perkahwinan mereka agak sukar, tetapi lama kelamaan Nia mula jatuh cinta pada suaminya..dan Nia bertekad untuk menyembuhkan Zaril dr penyakitnya..keikhlasan Nia menjaga Zaril akhirnya membuatkan Zaril mula menyayanginya dalam diam..Demi kasihnya pada Nia, Zaril telah bersetuju mengikut ibu bapanya untuk berubat diluar negara dan meninggalkan Nia di Malaysia sehinggalah di pulih sepenuhnya..

Sejak awal lagi perkahwinan mereka x direstui ibu Zaril, dan ketika berada di Paris ibu Zaril berjaya mempengaruhi Zaril utk melepaskan Nia dan memberi Nia wang ganjaran..segala urusan penceraian diuruskan oleh lawyer tanpa sebarang penjelasan dr Zaril..Nia akhirnya pasrah dan pergi membawa diri ke Turin bersama wang yg disogokkan itu..

Selama 4 thn di Turin, takdir menentukan mereka bertemu kembali tetapi kali ini masing2 menyalahkan antara satu sama lain..Zaril menuduh Nia perempuan mata duitan dan Nia hanya mampu menelan segala cemuhan itu kerana Zaril x tahu ape tujuan Nia mengambil wang itu..ditambah dgn rase cemburu dan salah paham akhirnya Zaril nekad mencerai Nia dgn rasmi... TETAPI segalanye berubah bile satu rahsia terbongkar...RAHSIA APAKAH??

Ape lagi beli laa... x mau laa citer abis satu novel kat cnih..heheh
dalam blog penulis pon ade gak cite nih..sile laa jenguk blog ALINA HAIZAR.. ;)

Actually mse bce novel nih sakit betol hati aku ngn Zaril tuh..kan main lagi egoistik mcm bagus jer!! haha marah sungguh ngn watak Zaril.. that's y laa sungguh² aku nak tau endingnye...

1 comment:

  1. tahniah kerana menghasilkan novel yg sangat menarik penceritaannye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...