06 October, 2010

Datang Dengan Indah ~ Sarnia Yahya ~Review

Aku beli novel ni sebab sebelum ni ada baca novel die, tapi x ingat tajuk.Rasenya novel aku sebelum ni ada kat Cik Aze..(ye kan kak).. Aku x nak laa kate best ke tak citer ni.. aku review, pandai² la korang judge ek..Novel ni aku beli kat Koperasi opis aku bulan Ramadan ritu coz boring sangat daa lame x bace novel…laa ni baru nak review ek.. Aku slalu review novel yg aku bca dalam cari forum je sebelum ni…

Jalan cite novel nih aku rasenya lebey kurang citer Emma Maizura ~ Ada Cinta Dihati..x laa exactly same ye..

Kisah seorang adik terpaksa berkahwin dengan kekasih kakaknya kerana nak menjaga air muka keluarga.. Macam biasa laa kan bila kena kahwin tanpa rela nih, nanti lama² cinta akan berputik selepas berkahwin.. Mesti semua org daa boleh agak jalan cite nya kan…

Izzuddin ni bercinta dengan Ruzana .. Persiapan perkahwinan dah buat dekat setahun.. tapi tibe² hari majlis si Ruzana ni lari ke UK tanpa sebarang penjelasan.. Keluarga Ruzana ni nak tutup malu pujuk laa si adik, Ardini untuk kahwin dengan Izzuddin..Ardini dah anggap Izzuddin ni macam abg sendiri, memang die x nak kahwin mulanya, tapi dek kerana x nak malukan kedua ibu bapa.. dia akur..kahwin laa mereka berdua.. time tu Ardini ni seorang pelajar, so mereka ni x duduk bersama laa..Lepas abis belajar baru mereka duduk bersama-sama dgn umi Izzuddin sekali.. Sebaik dinikahi, Izzuddin dah cakap dengan Ardini yang dia akan ceraikan Ardini bila daa abis belajar..(ni kira lafaz taklik laa kan???)..

Izzuddin ni layan si Ardini memang kasar tapi xda laa sampai kena sepak terajang.. Dia layan Ardini macam tu sebab dia hamburkan semua kemarahannya terhadap Ruzana pada Ardini..tapi lepas je Izzuddin ni eksiden, die mula berubah.. Daa mula suka pada Ardini sebab time die kat hospital, Ardini laa yg jaga dia.. Start dari tu dia daa layan Ardini dgn baik.. Tapi kali ni Ardini berkeras pulak nak Izzuddin lepaskan dia.. Kebetulan time tu Farhan (ex boy Ardini) da balik belajar dari UK.. Die suruh Ardini cerai ngn Izzuddin dan kawin dengan dia..

Actually Ardini mintak cerai tu bukan sebab apa, dia takut satu hari nanti kalau dia daa bahagia dengan Izzuddin kakaknya Ruzana tu balik Malaysia dan tagih kasih Izzuddin balik.. tapi Ardini ni lembut jugak hati dia, bagi peluang kat Izzuddin.. dan seperti yg dijangka x lama lepas tu Ruzana balik Malaysia daa apa yg Ardini takutkan memang berlaku.. Maybe klimaks cerita ni time Ruzana balik laa.. Jangan risau cite ni happy ending..aku memang suka cite happy ending.. aku kalau cite sedey ni nanti sakit dada…:p Sobss...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...