17 May, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami | Acik Lana

salam jumaat readers semua..
dah lama yer saya x review novel-novel yang saya dah bace..
dah semakin malas.. 
walhal klo boleh nak jer share dgn semua apa novel terhangat dipasaran...
yg boleh dibuat koleksi.. 


hari ni sy nak review novel yg baru je saya abiskan pagi ni.. 
rseriously novel ni saya kategorikan sebagai ADDICTED...
every single page saya bace..
saya rasa karya Acik Lana yg ni memang lain ckit..
terbaik!!!

Kisah Imanina yg jatuh cinta dgn Tengku Qalif seorg duda kematian isteri.
Qalif ni kematian isteri lepas 6 bln berkahwin dan
dia x leh terima kenyataan tu sebab cinta dia utk arwah Liyana ni cinta mati laaa..
so die ni jadi lah org sasau.. kemurungan lepas perginya Liyana.

Imanina ni boleh terjatuh cinta dgn Qalif ni  die terbaca diari si Qalif..
dlm diari tu Qalif catatkan setiap momen-momen indah dia dan Liyana..
Peribadi Qalif yg dlm diari langsung x sama dgn Qalif yg Imanina kenal secara kebetulan..

Bila Puan Sri, ibu Qalif nak carikan calon isteri untuk anaknya..
terus je Nina tawarkan diri.. Mulanya Qalif x nak terima rancangan gile tu tapi sebab dicabar oleh Nina die akur dgn perkahwinan kedua itu sebab dia yakin dia x akan jatuh cinta dgn Nina..

Okay.. lepas die org kahwin, bermula episod baru dlm hidup Nina..Apa yang buat citer best sangat bila tang Nina yg begitu berusaha nak tackle Qalif..Nina yg selamba memujuk rayu Qalif terima cinta dia..Nina yg bersahaja jer melafazkan cinta..Nina yg bersahaja melafazkan rindu.. Walaupon Nina tahu Qalif teramat benci padanya, tapi die yakin satu hari nanti Qalif akan jatuh cinta pada dia..

Saya suka sgt watak Nina nie..
die wanita yg kuat walaupon die tahu Qalif x suka.. die x mudah putus asa..
Qalif yg pada mulanya memang benci sgt ngn Nina, akhirnya tewas jgk dgn keikhlasan dan rase cinta yg ditunjuk oleh Nina. 

Okay mereka dah berbaik, dan bermula laa momen-momen indah antara mereka..
Qalif ni sgt sweet dan romantis..
Penulis dah berjaya menghidupkan watak Qalif dan Nina dgn baik skali..
wahh giteww.. Saya dah terlebih feel plak ek.. hahaha

tapi setiap novel mestilah ada plot grafnya menurun kan..
dan bab sedih pon bermula bila Qalif hilang..seriously sy tak suka bab sedih ni..!!
lama plak tu Nina kene tinggal ngn Qalif.. 😭
Kat cni laa kelainan yg penulis buat..
dah bahagia.. kembali kepada penderitaan... So adakah Qalif akan kembali???

saya x nak citer kat cni, korang cari la jawapan dalam novel acik lana yg baru ni, okay!  cukup laa review sampai  cni jer.. Percayalah korang x akan menyesal..

bye 
much love

xoxo!


2 comments:

  1. Dear, ai jumpa posting novel yg nak letgo yg thn lepas ke? Tak ingat pulak.. Ada lagi ke serasi dihati?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...