16 November, 2010

Cinta 3 Suku ~ Review


Novel ni mengisahkan tentang gadis yg bernama Nurul Iman..Dia seorang gadis yg berperwatakan kasar macam tomboy tapi mempunyai hati yg baik..Dia hidup yatim piatu setelah bapa angkatnya meninggal dunia..

Wujudnya gelaran Minah Sewel pd Nurul Iman selepas dia accident dengan Arie pada suatu malam.. Mereka kemudian menjadi musuh dan Arie digelar Mamat 3 suku…tapi kecelakaan yg telah menimpa Iman akhirnya membawa dia bertemu dgn Dr Razif iaitu  doktor yg merawatnya malam dia ditimpa kemalangan..Hubungan Iman dan Dr Razif menjadi rapat selepas malam itu.

Dr Razif ni pula sedang mencari adik kandung dia yg hilang sejak kecil..pertemuan dia dan Iman telah membuatkan hatinya terdetik yg Iman adalah adiknya..Dengan bantuan kakak angkat Iman, Suhaila Dr Razif berjaya membuktikan bahawa  DNA Iman adalah sama dgnnya..

Arie pula rupanya teman baik Dr Razif dan mereka  juga bersaudara, selepas Iman tahu perkara itu Iman dan Arie pun berdamai..Hubungan mereka kemudiannya rapat seperti abg dan adik..Pada suatu hari Iman telah dikejutkan dgn berita yg Dr Razif adalah abgnya dan  ibubapa kandungnya masih lagi ada..Selepas Iman dipertemukan semula dgn keluarga kandungnya hubungan dia dan Dr Razif sekeluarga kembali terjalin..begitu juga dgn keluarga Arie.

Bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan, tok kepada Arie telah meminta dia mengahwini Iman, kebetulan pula pada masa tuh Arie baru saje putus cinta dgn teman wanitanya..Iman dan Arie akhirnya berkahwin bg tdk melukakan hati tok mereka..Arie pula masih tidak mempunyai cinta terhadap Iman tetapi lama kelamaan Iman berjaya membuatkan Arie jatuh cinta padanya..tapi hubungan mereka nanti tiba-tiba diduga apabila diganggu oleh bekas teman wanita Arie.. walaubagaimanapun rumahtangga mereka berjaya diselamatkan..Ini laa ending novel nih..

Penyampaian cerita ni xbegitu berjaya..jalan ceritanya yg klise myb buat pembaca boring dan boleh menjangkakan apa kesudahannya.. apa pun bg penulis mutu penulisan boleh diperbaiki untuk next novel..don't give up dan anggaplah kritikan ini satu yg +ve..juz my 2 cent..;-)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...