Cerita kali ni hampir separuh berlaku di Padang dan Bukit Tinggi. Kisah Amiera seorang gadis biasa yg masih mencari cinta sejatinya, ingin dijodohkan dengan Rudi~jejaka dari Bukit Tinggi agar ikatan kekeluargaan tidak terputus dan harta pusaka keluarga neneknya dapat diwarisi. Namun Miera tetap berkeras tidak mahu menerima Rudi walaupun jejaka itu baik dan benar² suka padanya..
Pemergiaan Miera ke Padang telah merubah pendiriannya..Gempa bumi yg melanda Padang ketika itu telah menemukan Miera dgn Dr Malik..Pertemuan kali pertama mereka telah menerbitkan rasa lain dihati Miera pada doktor itu..Layanan Dr Malik terhadap Miera selama 3 minggu di Padang menyebabkan hatinya semakin hari semakin sayang pada doktor itu..tapi Miera sedar antara die dan Dr Malik x mungkin akan bersatu apabila dia mengetahui bahawa Dr Malik adalah tunangan orang..dan akhirnya Miera kembali ke Malaysia dengan rasa kecewa yg teramat sangat kerana terpaksa berpisah dgn Dr Malik..
Tapi siapa sangka tunang yg begitu dipuja oleh Dr Malik rupanya melakukan onar dibelakangnya..segalanya bermula apabila Miera terserempak dgn Miasarah tunang Dr Malik bersama lelaki lain..kemudian Miera bertemu lagi dgn mereka di satu majlis..Miera yg kesian kan Dr Malik kerana diperbodohkan oleh tunangannya bertindak untuk memberitahu lelaki itu perkara sebenar..
Sayang seribu kali sayang, apabila cerita itu disampaikan pd Dr Malik, lelaki itu mengatakan yg Miera sengaja mengada-adakan cerita untuk merampasnya dr Mia..Miera dituduh tamak dan pentingkan diri sendiri..Miera terlalu kecewa dgn kata-kata Dr Malik dan nekad untuk tamatkan hubungan mereka..x lama kemudian Dr Malik datang merayu² pada Miera selepas menyedari kesilapannya..tapi dapat kah die mencairkan hati Miera dan memujuk Miera kembali padanya..cari lah jawapan dalam Masih Setia ye..hehehhe
Seharian aku bace novel nih, dah abis..kebetulan masa tu aku cuti panjang kat kampung..Memang novel ni edisi susah nak letak jugak ler.. maklumla favorite novelis aku nih..sure laa nak cepat abiskan..tapi bila aku dah nak sampai ending rase mcm x puas jugak..Buku ni pon 535 page je..x best endingnya sebab senang sangat Malik tu nak dapatkan Miera balik..ops! dah terciter ending lak...;-p kalo dpt wat Malik menderita skit sure lebih dramatik..heheheh..TAMAT..sekian..
No comments:
Post a Comment