14 December, 2010

3 Jantung Hati | Nisyah ~ Review


3 Jantung hati adalah cerita Nadira, Ensha dan Nadim.. Cerita ni biase je..tapi menarik untuk dibace dan tidak membosankan..

Nadira ~ ibu tunggal yg telah kehilangan suaminya hampir 3 thn..
Ensha ~ Jantung hati Nadira..Gadis kecil yg dahagakan kasih seorang ayah..
Nadim ~ Lelaki bujang berusia 38 tahun yang sedang memburu cinta Nadira..

Kehadiran Nadim dalam kehidupan Nadira dan Ensha sedikit sebanyak telah merubah kehidupan seharian mereka..Pertemuan mereka di FRIM merupakan bibit permulaan kepada perhubungan mereka bertiga..

Bagi Nadim cinta pandang pertama itu membuatkan dia bersungguh² untuk mendapatkan Nadira...Rindu Ensha kepada ayahnya semakin terubat dgn kehadiran Nadim..Nadim melayan anak kecil itu umpama anak kandung sendiri..

Namun Nadira yg masih lagi setia dgn arwah Imran sukar menerima kehadiran Nadim..Ditambah lagi dengan latar belakang mereka yg bagai langit dan bumi, Nadira merasakan dirinya tidak layak untuk Nadim..Bagi Nadim pula, harta dan pangkat bukan lah ukuran yg penting kasih sayangnya pada Nadira dan Ensha adalah tulus.

Puan Sri Suhaida, ibu Nadim membantah keras pilihan Nadim kerana dia inginkan menyatukan Nadim dgn Sofea, anak kenalannya.. Tapi Nadim dan Sofea tidak bersetuju dgn rancangan ibu mereka kerana masing² telah mempunyai pilihan sendiri.. Pelbagai usaha yg dibuat oleh ibu Nadim untuk memisahkan dia dan Nadira, tetapi semuanya gagal.. Akhirnya mereka berjaya juga disatukan sebagai suami isteri dan dikurniakan 2 org putera...

Jalan citernye same je mcm novel² yg korang penah bce kan.. tapi x rugi pon kalo nk beli dan bce pada yg x bca lagi..Penyampaian nye menarik..at least x lah boring..Klo ada sape² nak aku nak letgo..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...