15 December, 2010

Selamat Malam Kekasih | Aina Emir ~ Review


Novel ni berkisah tentang Maya Karmila wanita yg telah menjadi balu diusia yg terlalu muda..Kehidupan Maya secara totalnya ditentukan oleh bapanya, yg tidak mahu dia berteman dgn sembarangan orang..Bapanya telah menetapkan pengganti Farhan hendaklah sama taraf dan sekufu dengan mereka..Sejak pemergian Farhan, Maya tidak mempunyai pengganti sehinggalah dia bertemu dengan sang Arjuna...

Misyal sang arjuna yg bergelar ustaz itu telah berjaya mencuri hati Maya..tetapi perbezaan taraf menyebabkan Maya takut untuk menerima Misyal dalam hidupnya..Disamping itu perancangan bapa dan ibu mertuanya untuk menyatukan Maya dgn Izz Al Din abang kepada Farhan telah meletakkan diri Maya dalam keadaaan serba salah..

Ibu Misyal pula cuba nak menyatukan Misyal dengan Liyana anak kenalan rapatnya, tetapi Misyal cepat menolak gadis itu kerana dia hanya mahukan Maya.. Misyal dan Maya tersepit dgn perancangan org tua masing² .. Sehinggalah satu hari ni Misyal ajak Maya kawin secar rahsia tanpa pengetahuan bapa Maya.. Mereka berkahwin akhirnya dgn diwalikan abg Maya..hanya keluarga Misyal dan sahabat Maya saje yg tahu.. tetapi ibu Misyal tetap x dapat nak terima Maya sebagai menantu dgn alasan dia seorang janda...

Misyal nekad mengajak Maya kahwin sebab dia x nak Maya menjadi mangsa kepada kehendak bapanya yg tamak..mahu mengahwinkannya dgn Izz Al Din hanya kerana harta dan kekayaan walaupun bapanya tahu yg lelaki tu dah berkahwin..Pada awalnya Misyal dan Maya berjaya merahsia perkahwinan mereka tetapi nanti rahsia mereka ni terbongkar sehingga bapa Maya mengamuk dan terus menghalau Maya dan Misyal....

Pada suatu hari Maya didatangi peguam kepada arwah suaminya..Masa ini lah baru segala rahsia terbongkar..Ibu mertua dan abg iparnya yg disangkakan baik tu rupanya mempunyai agenda lain..Perkahwinan yg rancang tu sebenarnya untuk merampas kembali harta Farhan yg telah diwasiatkan kepada Maya...Setelah semuanya terbongkar bapa Maya akhirnya dapat menerima perkahwinan anakknya...

Happy ending story.. cerita ni better than Terbanglah Sayang yg aku beli masa pesta buku lepas..Penceritaannya x lah terlalu berat tetapi gaya bahasa yg puitis dan jalan cerita yg menarik buatkan aku susah nak letak jugak buku nih...ehehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...