AKAN KU TUNGGU salah satu Trionovel November Alaf 21…Citer ni not bad jugak wpon aku first time beli karya penulis nih.. jalan cerita dan pengolahannya tidak membosankan…Aku bagi rating 3.5 laa…
Ayu seorang gadis yg berwajah Pan Asia ini telah dilamar oleh Syamil iaitu jiran sebelahnya..Padahal sebelum ini memang mereka x pernah bertegur sapa atau berkawan wpon hidup berjiran…
Syamil pulak, seorang playboy yg suka berfoya-foya dan sering bergaul bebas itu telah meminang Ayu kerana cinta pandang pertama..Baginya Ayu bidadari dari syurga yg layak di buat isteri dan bukan gadis seperti Lily yg selalu bersamanya sehingga ke kamar tidur...
Akhirnya Ayu terpaksa menerima lamaran Syamil demi tidak mahu menyakiti ibu tirinya Datin Noraini.. Ayu belajar menerima Syamil seadaanya sehinggalah mereka selamat diijabkabulkan..Hubungan mereka agak baik di awal perkahwinannya...tetapi tak lama kemudian Syamil berubah..Apabila hubungannya dgn Lily terjalin kembali, Syamil sering pulang lewat pagi dalam keadaan mabuk..tetapi Ayu masih bersabar dan sering berdoa agar suaminya bertaubat..
Syamil nekad mahu berubah kerana dia teramat menyayangi isterinya, tetapi apabila CD 'aksinya' sampai ke tangan Ayu dan bapa mertuanya, lelaki itu terus diserang heart attack dan meninggal dunia .. Semuanya angkara Lily yg mengugutnya akn menyebarkan CD itu sekiranya Syamil tidak melayannya.. Ayu yg terlalu kecewa dan minta dilepaskan kerana serik utk bersabar dgn kerenah Syamil...tapi takdir Tuhan, jodoh mereka tetap kuat kerana Syamil berjaya memujuk Ayu untuk memaafkannya ketika dia sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka...
No comments:
Post a Comment